ACE ACADEMY MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Pencapaian dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan baru-baru ini, mencetuskan kekhuatiran Malaysia mungkin berdepan generasi tidak celik matematik.
Saintis bidang tenaga dan kelestarian iklim, Dr Amir Faizal Abdul Manan, berkata keputusan SPM 2022 menunjukkan 24 peratus atau seorang daripada empat calon gagal dalam mata pelajaran terbabit, manakala 29 peratus lagi mendapat gred D dan E.
Katanya, ia bermakna hampir separuh daripada pelajar lemah dalam matematik, sekali gus akan menjejaskan usaha negara untuk melahirkan profesional dalam bidang berkaitan.
“Saya bukan bercakap mengenai matematik lanjutan, Matematik Tambahan walaupun ia menunjukkan statistik pencapaian yang sama. Saya merujuk kepada matematik teras, yang diduduki 369,348 murid pada peperiksaan SPM 2022.
“Ini sangat menggusarkan. Kita mempunyai generasi masa depan pemimpin berpotensi, orang dewasa, guru, saintis, akauntan, doktor, ahli ekonomi, arkitek, ahli perniagaan, bapa dan ibu yang tidak celik matematik asas.
“Pada masa sama, antara semua 95 mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM 2022, Matematik mencatatkan peratusan kegagalan tertinggi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Teknik pengajaran yang luar biasa mampu menarik perhatian murid-murid.
Teknik penulisan karangan yang sungguh hebat. Cara untuk mendapatkan markah penuh untuk penulisan.
Penerangan yang mudah faham untuk subjek sains. Teknik didik hibur diaplikasi dalam pengajaran.
Menggunakan Bahasa Melayu untuk mengajar murid-murid yang lemah English. Penulisan Essay dengan menggunakan "Keywords". Full mark guaranteed.
Untuk pengetahuan ibubapa, peperiksaan tahun 6 adalah sangat penting untuk membantu murid-murid di peringkat sekolah menengah nanti. Di sekolah menengah nanti, cikgu-cikgu mungkin tidak sempat untuk mengulang-kaji topik-topik sekolah rendah terutamanya subjek matematik.
Bengkel ini juga akan memberi “heads-up” persediaan untuk murid-murid yang akan menduduki ujian PKSK & UKKM.
Ramai ibubapa berfikiran bahawa persiapan untuk SPM bermula ketika Form 4. Inilah kesilapan ramai ibubapa yang membuatkan murid-murid terlampau selesa dengan zaman “No More Major Exams” ini. Mengikut kajian pada awal tahun ini, lebih dari 50% pelajar SPM tidak menguasai Matematik.
Setelah bertemu dengan beberapa Pengetua Sekolah Menengah, kami memahami ini adalah kerana murid-murid yang memasuki Form 1 sangat lemah dan ada juga yang langsung tidak tahu asas Matematik. Walaupun di sekolah menengah nanti, murid-murid boleh menggunakan kalkulator namun lebih daripada 50% gagal medapat kepujian.
Subjek-subjek lain seperti Sains, B.M, & English juga perlu dikuasai oleh murid-murid Tahun 6 sebelum melangkah ke sekolah menengah.
Mengenalpasti dan memberi soalan contoh yang popular dalam ujian.
Memberi gambaran terperinci tentang format dan struktur ujian UKKM & PKSK
Mempelajari teknik dan tip menjawab soalan yang cepat dan cemerlang
Mempelajari strategi pengurusan masa dan menjawab pantas dengan cemerlang
Meningkatkan keyakinan diri menjawab penilaian melalui perkongsian pengalaman
Sila Whatsapp kami <Nama Murid> <Nama Sekolah> ke 011 11811011
Ya, kami akan sediakan pengangkutan bas dua hala dari hadapan sekolah. Maklumat pengangkutan akan dimaklumkan melalui Whatsapp peserta yang telah daftar. Ibubapa juga boleh hantar peserta ke Dewan Program.
Pakaian bebas.
Ya, sarapan ringan sebagai pengalas perut selepas slot pertama. Makan tengah hari disediakan. Jika anak tuan/puan mempunyai alahan atau “vegeterian”, sila inform pihak kami.
Peserta akan mendapat e-Sijil.
Bayaran boleh dibuat pada hari program melalui peserta di Dewan program. Kepada ibubapa yang ingin bayar melalui online, sila whatsapp admin kami.
Ya. Biasanya surau akan terletak di tempat yang sama dengan dewan.
Tiada, kami tidak akan membuat sebarang jualan.